Soalan Lazim
Siapa yang wajib bayar fidyah, qadha puasa atau kedua-duanya sekali?

Soal Jawab Fidyah
1. Apakah fidyah?
Fidyah ialah bayaran denda wajib ke atas individu yang tidak dapat menggantikan puasa Ramadan atas sebab tertentu seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau sudah tua. Ia juga dikenakan kepada individu yang tidak menggantikan puasa sehingga masuk kepada Ramadan seterusnya. Jumlah bayaran fidyah ialah secupak makanan asasi setempat.
2. Bagaimana kadar fidyah ditentukan?
Kadar fidyah biasanya bersamaan ¼ gantang atau 688g makanan asasi, seperti beras. Jumlahnya bergantung kepada kadar zakat fitrah semasa negeri.
3. Bolehkah fidyah dibayar dengan wang?
Ya, fidyah boleh dibayar dalam bentuk wang yang bersamaan nilai makanan asasi berdasarkan kadar semasa. Pembayar digalakkan membayar minimum RM4 kerana ia berpatutan dengan kadar harga makanan semasa yang boleh mengenyangkan seseorang.
4. Adakah fidyah wajib digandakan jika puasa tidak diganti tahun lepas?
Dalam mazhab Syafie, fidyah digandakan setiap tahun jika puasa yang ditinggalkan tidak segera diganti. Namun, jika tiada kemampuan dari segi kewangan, harus untuk tidak digandakan.
5. Adakah fidyah boleh dibayar sekaligus?
Ya, fidyah boleh dibayar sekaligus walaupun puasa ditinggalkan dalam beberapa tahun.
6. Bagaimana membayar fidyah untuk orang yang telah meninggal dunia?
Waris boleh membayar fidyah menggunakan harta pusaka si mati berdasarkan jumlah hari puasa yang ditinggalkan sebelum hartanya dibahagikan. Jika tiada, barulah menggunakan duit waris sebagai tanggungjawab kepada si mati.
7. Siapa yang layak menerima fidyah?
Fidyah diberikan kepada golongan fakir miskin dalam bentuk makanan asasi sahaja.
8. Apakah fidyah bagi wanita mengandung atau menyusukan anak?
Wanita mengandung atau menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana khuatir akan kesihatan diri atau anak perlu membayar fidyah dan menggantikan puasanya.
9. Bagaimana cara membayar fidyah jika tidak tahu jumlah hari puasa yang ditinggalkan?
Jika tidak pasti berapa jumlah hari yang ditinggalkan, seseorang boleh membuat anggaran yang munasabah dan membayar fidyah berdasarkan anggaran tersebut. Sebagai contoh jika terlupa samada meninggalkan puasa selama 5 atau 7 hari, maka pilihlah yang 7 hari supaya menghilangkan keraguan.
10. Bolehkah fidyah dibayar secara ansuran?
Ya, fidyah boleh dibayar secara ansuran bergantung kepada kemampuan individu.
11. Apakah hukum jika seseorang tidak membayar fidyah?
Tidak membayar fidyah adalah dosa kerana ia merupakan kewajipan. Individu tersebut perlu segera melunaskannya.
12. Bagaimana mengira fidyah jika seseorang mula baligh pada usia tertentu?
Fidyah dikira bermula dari umur baligh sehingga hari kematiannya bagi puasa yang tidak dilaksanakan tanpa uzur.
12. Bagaimana mengira fidyah jika seseorang mula baligh pada usia tertentu?
Fidyah dikira bermula dari umur baligh sehingga hari kematiannya bagi puasa yang tidak dilaksanakan tanpa uzur.
13. Adakah fidyah boleh dibayar lebih daripada kadar yang ditetapkan?
Ya, individu boleh membayar lebih sebagai sedekah, tetapi kadar minimum mesti dipenuhi terlebih dahulu.
14. Adakah wanita yang haid perlu membayar fidyah?
Wanita yang haid hanya perlu menggantikan puasanya sahaja tanpa membayar fidyah. Namun, jika beliau tidak menggantikan puasa sehingga masuk ke Ramadan seterusnya, fidyah akan dikenakan
15. Bolehkah fidyah disalurkan terus kepada individu miskin tanpa melalui pusat zakat?
Sebaiknya fidyah dibayar melalui institusi zakat untuk memastikan pengagihan yang adil, tetapi ia juga boleh diberikan terus kepada individu fakir miskin jika yakin akan keperluan mereka.
Hubungi Kami :
- +6014-9200024
- info@fidyahmalaysia.com
Dikendalikan Oleh :

Web Design by Pemaju Digital Sdn Bhd.